Hadith riwayat Attirmidzi (Disahihkan oleh Al-Albani)

عن عبد الله ابن مسعود
قال النبي: ما لي وللدنيا، ما أنا في الدنيا
إلا كراكب استظل تحت شجرة، ثم راح وتركها


Tiadalah bagiku dan bagi dunia, di mana tiadalah aku di dunia ini melainkan seolah-olah seorang penunggang (Musafir) yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok, kemudian dia beredar pulang dan meninggalkannya

Allah tidak akan redha dengan orang yang menyusahkan orang lain!

Labels: , , , , , , , ,

Assalamualaikum.

قال النبي: من ضَارَّ ضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه
  
"Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula
(Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa, setiap insan sangat ditegah dalam hal menyusahkan orang lain. Bukankah kita mengetahui bahawa menyusahkan orang lain adalah satu perkara yang sangat dibenci oleh masyarakat? Bahkan Raja segala raja iaitu Allah Azzawajall sendiri sangat murka dengan perkara tersebut. Sehinggakan sekiranya kita tahu ada jiran kita yang sedang lapar, dan kita tidak menolongnya, maka kita bukanlah seorang muslim yang Mukmin.

ليس المؤمن الذي يشبع وجاره جائع

"Bukanlah orang mukmin (yang sempurna Imannya) yang berada dalam keadaan kenyang, sedangkan (dia tahu)  jirannya dalam keadaan lapar"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dalam "Al-Adab Al-Mufrad" dan Al-Baihaqi, sumber Ibnu Abbas: Sahih) 

Bagaimanakah perasaan kita apabila berhadapan dengan kesukaran, kesulitan dan kepayahan? Tentu tiada seorang pun yang masih boleh ketawa hatta senyum yang tak seberapa. Sepatutnya Muslim yang benar-benar mukmin sentiasa membantu muslim yang lain terutamanya bila berada dalam kesulitan. Bukankah orang Islam itu saling  tolong-menolong, bantu-membantu, kuat -menguatkan? Rasulullah berpesan:

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
 
"(Kerjasama dan pertolongan) seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti satu binaan yang saling menguatkan atara satu sama lain"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Teringat saya kisah seorang rakan yang bersama-sama mengikuti pengajian diploma (DPLI) di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Beliau pada mulanya berhasrat untuk memilih bidang (opsyen) Bahasa Arab. Tetapi selepas ditemuduga, beliau tidak mampu menguasai bahasa Arab apatah lagi mengajar matapelajaran bahasa Arab di sekolah nanti. Jadi, dengan ihsan si penemuduga, dengan yakin dan penuh kepercayaan, dia sanggup membantu rakan saya ini untuk menukarkan opsyen yang diminta kepada subjek pendidikan Islam. Setelah menunggu keputusan temuduga tersebut, alangkah terkejutnya apabila didapati dia mendapat opsyen Bahasa Arab. Hal ini sama sekali berlwanan dengan persetujuannya dengan penemuduga tempoh hari.


Selepas diterima memasuki pengajian DPLI tersebut di universiti, dia seterusnya cuba mendalami bahasa Arab, akan tetapi dia sangat tidak mampu. Selang beberapa hari, dia meminta pihak atasan universiti tersebut menukarkan opsyennya kepada subjek pendidikan Islam atas alasan tidak dapat menguasai bahasa Arab. Ini kerana rakan saya tadi bukan beralatar belakangkan pendidikan bahasa Arab semasa di UKM dahulu. Oleh yang demikianlah dia tidak mampu untuk meneruskan pengajian diploma pendidikannya ini dalam bidang Bahasa Arab.


Selepas kes ini diutarakan olehnya untuk di "review" bagi pihak atasan universiti, maka beberapa orang dan pensyarah menganggap kes ini sebagai melepaskan batuk di tangga serta tidak bersungguh. Mereka beranggapan bahawa rakan saya ini boleh belajar dan percaya kepada "life-long learning". Betul, tetapi bukan di sini tempatnya kita boleh aplikasikan istilah tersbut untuk merealisasikannya. Kes ini formal dan memerlukan "formalities" yang cekap dan sempurna kerana ia melibatkan KPM, dan pihak universiti.

Beberapa hari dia berulang alik ke pejabat pentadbiran pendidikan universiti tersebut, tapi malangnya, dia tidak punyai kuasa dan pangkat untuk meleraikan masalahnya. Sudah ramai orang yang dia jumpai dan bertanyakan halnya kepada mereka, namun tetap tidak boleh berbuat apa-apa.

Sehinggalah tiba waktu peperiksaan. Dia gagal melakukan yang terbaik walaupun sudah sedaya upaya mencuba yang terbaik. Apabila keputusan peperiksaan semester dikeluarkan, dia gagal dan merayu kepada pensyarah supaya dipertimbangkan (diluluskan) dengan perjanjian yang dia mesti mendapat keputusan "lulus" dalam GPA akan datang.


Dalam masa yang sama, dia cuba mencari dan belajar sedaya upaya untuk mempelajari Bahasa Arab yang sangat dia takuti kerana ketidakbiasaannya terhadap bahasa tersebut walaupun dia pernah bersekolah di sekolah agama (Arab) pada satu ketika dahulu.

Dipendekkan cerita, dia akur dengan "adjustment" yang telah dilakukan oleh pihak universiti dan percaya dia akan dapat menukar opsyennya suatu hari nanti selepas di "posting" ke sekolah.

Sekarang tibalah masa untuk praktikal bagi semua guru pelatih DPLI daripada universiti tersebut. Apabila tiba hari dia di "observe" (diselia) oleh pensyarah pelawat (juga daripada universiti yang sama), dia gagal memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran. Rata-rata pensyarah pelatih mengatakan yang beliau tidak mampu mengajar dengan baik disebabkan kesulitan penyampaiannya dalam bahasa Arab sebagaimana yang saya ceritakan. Dia mengajar subjek Bahasa Arab komunikasi tingkatan 1. Tetapi tahap penguasaan bahasanya amat lemah dan kadang-kadang hampir sama taraf dengan pelajar-pelajarnya.

Pensyarah-pensyarah yang datang menyelianya memberi sokongan dan galakan kepadanya untuk terus berusaha dan dalam masa yang sama, mereka memberi jaminan akan membantu rakan saya ini untuk menukar opsyennya kepada matapelajaran Pendidikan Islam yang ternyata lebih sesuai dengan kemampuan bahasa serta komunikasinya.

Alangkah bahagianya hati, apabila dekan universiti telah meluluskan penukarannya kepada pendidikan Islam. Akan tetapi dia mestilah menambah beberapa minggu praktikalnya untuk di "observe" buat pusingan yang ketiga setelah dua pusingan telah tamat. Dalam pada itu, Alhamdulillah, saya yang juga bersamanya mengajar di sekolah yang sama agak gembira dengan berita itu. Sebaik sahaja saya tamat praktikal, rakan saya tersebut menyambung selama 3 minggu lagi di sana. 

Tiba-tiba, terdengar pula desas-desus yang mengatakan pihak pensyarah juga tidak berpuas hati dengan "teaching practice" nya sehingga beberapa pensyarah lain turun padang. Alangkah kesiannya hamba Allah ini yang bertungkus lumus, mengikut sahaja kehendak pihak universiti (pensyarah) supaya dapat menukar opsyennya kepada pendidikan Islam akhirnya terpaksa mengharungi kepayahan, kesusahan dan kesulitan yang bukan berasal daripada diri sendiri, tetapi orang lain. Apa yang dilakukannya hanya sia-sia sahaja. Sepanjang belajar DPLI di universiti tersebut, kosong. Bukankah begitu ramai orang-orang atasan universiti tersebut dibantu pula dengan pensyarah-pensyarah yang bijak pandai dalam menguruskan hal sebegini? Tetapi kenapa ya nampaknya seperti ada sesuatu yang aneh? Tak boleh kah dibantu seorang pelajar ini sahaja?? Bukankah Rasulullah berkata: من فرج عن مسلم كربة، فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة - "Siapa yang melepaskan suatu kesukaran daripada seserang muslim, maka Allah akan melepaskannya daripada suatu kesukaran daripada kesukaran-kesukaran pada hari kiamat"
Begitu juga dengan praktikal selama 3 bulan di sekolah menengah juga kosong. Lanjutan praktikalnya selama 3 minggu juga tiada apa. Berpenat lelah, letih ke sana ke mari dengan niat ikhlas untuk menjadi seorang guru akhirnya dibebani dengan kepincangan pengurusan dan ketidakadilan. Begini lah jika pengurusan sesuatu tidak dilandaskan kepada sistem dan ajaran Islam. Rasulullah menyebut:

لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت

"Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah segala keinginannya mengikut apa yang aku bawakan (ajaranku)"
(Hadith sahih riwayat Al-Baghawi) 
Berita terbaru ialah, Wallahu A'lam dia terpaksa menyambung pengajian diplomanya (yang sepatutnya tamat pada bulan 11 dan menunggu "posting" untuk tahun depan) pada bulan 12 sehingga bulan 3, 2009 nanti untuk "independent study" dan seterusnya menyambung praktikal pada bulan 3 sehingga bulan 6. Jadi dia terpaksa menghabiskan sisa-sisa kehidupannya untuk DPLI selama 2 tahun. Itu pun belum tentu lulus..
 
ارحم من في الأرض يرحمك من في السماء 
 
"Kasihanilah penduduk di bumi, kelak kamu akan dikasihani oleh penghuni yang berada di langit"
(Hadith riwayat At-Tabarani: Sahih)

Inilah dia kisah seorang manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan. Kesukaran dan kepayahan ini jika nak dibandingkan dengan penderitaan saudara kita di Palestin memanglah tidak boleh diukur, tetapi kita tetap berpegang kepada sokongan terhadap orang yang dizalimi. 

اتقوا الظلم فإن الظلم ظلمات يوم القيامة
 
"Janganlah kalian menzalimi, kerana sesungguhnya kezaliman itu menjadikan kegelapan-kegelapan di hari kiamat"
(Hadith daripada Jabir, riwayat Muslim: Sahih)

Begitu juga dalam hadith yang lain Rasulullah melarang berlaku zalim:

المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يسلمه
 
"Orang Muslim itu ialah saudara bagi orang Muslim yang lain; dia tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya terbinasa"
(Hadith sahih riwayat Abu Daud dan Attirmidzi) 

Tidak kira menjadi mangsa keadaan, rakusnya pentadbiran dan kepincangan pegurusan yang akhirnya menyebabkan seseorang kehilangan haknya yang patut dimiliki secara tenang dan mudah!

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

 
"Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

5 comments:
gravatar
Anem Arnamee said...
December 5, 2008 at 1:16 PM  

Salam ziarah..

entri yg indah~
'cukuplah tidak menyusahkan org ,jika tak mampu menyenangkan org'
..=)

gravatar
Unknown said...
June 4, 2015 at 9:59 PM  

Assalamualaikum.. Mohon share ilmu nya ya

gravatar
khairul said...
October 1, 2015 at 12:02 AM  

Mohon share ye tuan.

gravatar
khairul said...
October 1, 2015 at 12:03 AM  

Mohon share ye tuan.

gravatar
khairul said...
October 1, 2015 at 12:03 AM  

Mohon share ye tuan.

Post a Comment