Hadith riwayat Attirmidzi (Disahihkan oleh Al-Albani)

عن عبد الله ابن مسعود
قال النبي: ما لي وللدنيا، ما أنا في الدنيا
إلا كراكب استظل تحت شجرة، ثم راح وتركها


Tiadalah bagiku dan bagi dunia, di mana tiadalah aku di dunia ini melainkan seolah-olah seorang penunggang (Musafir) yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok, kemudian dia beredar pulang dan meninggalkannya

Bagaimana hendak digunakan harta yang haram?

Labels: , , , , , , , , ,

Assalamualaikum.

الحمد لله رب العالمين وبه نستعين، صلوة وسلاما على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد،ـ

Pernahkah kita terfikir melakukan perkara-perkara syubhah (ragu-ragu) itu mudah menjerumuskan kita kepada dosa dan HARAM?

عن أبي عبد الله النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ان الحلال بين وان الحرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وان لكل ملك حمى ألا وان حمى الله محارمه ألا وان فى الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب – رواه البخاري و مسلم


Dari Abu ‘Abdullah Al-Nu’man bin Basyir radiyallahu anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah sallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara ( dirinya dari ) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekelilingnya. Ketahuilah ! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.
(Muttafaq 'alaih, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Duit dan harta yang dikatakan haram dibahagikan kepada 2 kategori: 

[1]- Harta yang haram pada zatnya, seperti duit yang diperolehi daripada hasil pencurian, rompakan dan sebagainya. 

Harta jenis ini haram dimanfaatkan oleh mana-mana pihak, kerana ia wajib dikembalikan kepada tuannya. Kecuali jika tidak dapat dikembalikan kepada tuannya atau tidak diketahui tuannya, maka boleh disalurkan kepada perkara kebajikan seperti dengan bersedekah, memberi sumbangan kepada pembangunan yang dibolehkan syara', menyalurkan kepada baitul mal termasuklah pembinaan masjid dan sebagainya.

[2]- Harta yang haram disebabkan cara perolehannya (penggunaan harta yang tidak menuruti hukum syara'), seperti wang yang diperolehi daripada riba, wang hasil jual beli yang haram, dan seumpamanya. 

Harta jenis ini hanya haram bagi orang yang memperolehinya secara langsung. Jika ia sudah berpindah milik kepada orang lain dengan cara yang sah, maka ia tidak haram lagi kepada orang lain. 

Sebagai contoh, jika diberikan kepada orang lain, atau dinafkahkan kepada anak isteri, atau disedekahkan kepada fakir miskin, maka HALAL bagi orang kedua menggunakan harta ini. Dan termasuklah jika disalurkan untuk pembinaan masjid, ia juga adalah harus. 

(Dipetik daripada Forum Al-Ahkam.Net)
Di sini, dinukilkan fatwa Syeikh Uthaimin
(rahimahullah) tentang masjid yang dibina daripada harta yang haram. Fatwa beliau: 

"Bersembahyang di masjid itu adalah harus, dan tidak ada halangan. Kerana, kemungkinan orang yang membinanya dengan harta haram, bertujuan untuk melepaskan dirinya daripada harta haram yang diperolehi daripada pendapatan yang haram. Dalam kes tersebut, pembinaan masjid itu adalah halal jika niatnya mahu melepaskan diri daripada harta haram". 
(Majmuk Fatawa Syeikh Uthaimin 12/304

Wallahu A'lam.

1 comments:
gravatar
cambreelabahn said...
March 4, 2022 at 2:35 AM  

The Rundown: Top 10 Games From An Aussie Casino - Drm
The Rundown: Top 10 Games From An 여주 출장마사지 Aussie Casino · 1. 진주 출장안마 Big Bad Wolf · 2. Hotline · 3. Big Chilli · 4. Top Ten Chilli Heat 사천 출장마사지 · 5. Jackpot King: 용인 출장안마 · 6. Mega Fortune: · 통영 출장샵 7. The

Post a Comment