Hadith riwayat Attirmidzi (Disahihkan oleh Al-Albani)

عن عبد الله ابن مسعود
قال النبي: ما لي وللدنيا، ما أنا في الدنيا
إلا كراكب استظل تحت شجرة، ثم راح وتركها


Tiadalah bagiku dan bagi dunia, di mana tiadalah aku di dunia ini melainkan seolah-olah seorang penunggang (Musafir) yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok, kemudian dia beredar pulang dan meninggalkannya

Artis jadi bala dalam masyarakat

Labels: , , ,

Assalamualaikum.
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين، والصلوة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد،ـ

Hari ini umat Islam diterjah oleh artis-artis yang membawa hiburan yang melaghakan. Mereka mendabik dada seolah-olah merekalah yang paling hebat, paling masyhur, paling berharta, paling memiliki kecantikan dunia, kemewahan, dan segala-galanya.

Umumnya, mereka dipengaruhi oleh maksiat. Lantaran itu mereka hanyut dan lupa kepada segala-gala yang berada di hadapan. Mereka lupa akhirat, mereka lupa Allah, lupa Rasulullah, lupa ibadat, lupa segala-gala. Na3uzubillah minha!! Mereka mengerti kadang-kadang perbuatan mereka sangat meloyakan macam melakukan cumbuan di khalayak ramai yang mereka kata "tak apa" kerana mereka artis; inginkan publisiti yang tinggi supaya publik memandang mereka (menunjuk-nunjuk). Islam amat menegah perbuatan riya hatta dalam perkara yang baik, apatah lagi perkara yang jelas haram yang mengundang maksiat dan fitnah.

Wahai artis-artis! ingatlah dunia ini hanya sementara sebagai mana hadith yang telah diutarakan di sidebar "ما أنا في الدنا إلا كراكب استظل تحت شجرة ثم راح وتركها - Hadith riwayat Attirmizi disahihkan oleh Al-Albani R.H." Bukanlah aku di dunia ini melainkan seperti seorang pengembara yang hanya berehat di bawah sebatang pokok lalu tidak lama selepas itu, meninggalkan pergi (menyambung perjalanan ke destinasi yang utama - akhirat).

Artis yang bijak walaupun melakukan maksiat kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama dia cuba memerangi nafsunya daripada terus-menerus berbuat dosa.Artis yang bijak akan cuba menjauhkan diri daripada benda-benda yang memudharatkannya, yang merugikannya. Rasulullah berkata:

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
(Hadith riwayat Ibn Majah & Attirmizi dengan darjat Hasan)
"Antara keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya"

Oleh itu, wahai artis sekalian, tak malukah anda semua kepada Allah, Rasul, makhluq-makhluq lain. Paling kurang pun, biarlah ada perasaan malu kepada alim-ulama, tok-tok guru, mufti. Dengar lah nasihat mereka, jangan berdegil. Sudah lah jahil, degil pula. Rasulullah bersabda:

الحياء من الإيمان - Hadith sahih daripada Abdullah ibnu Umar R.A. - Ijma' Al-Bukhari & Muslim.
Malu itu separuh daripada Iman.

Sebagai contoh di sini, pernah satu ketika Program Jom Heboh anjuran TV3 ditegur oleh Mufti Perak dengan mengatakan program tersebut haram. Mufti mengatakan begitu kerana keadaan program itu sangat teruk bahkan ada slot-slot tertentu yang sangat terdedah kepada dosa dan maksiat kepada Allah. Mana tidaknya, dengan artis-artis yang tidak menutup aurat dengan lagak mereka yang menjijikan dari segi pakaian dan sebagainya, begitu juga dengan percampuran sosial antara lelaki dan perempuan. Ini lah masalah nya, apabila ulama menegur benda yang benar, mereka mengatakan bahawa mereka lagi benar. Sebab itu saya sangat yakin mengatakan artis sekarang sangat degil dan jahil. Rasulullah mengingatkan kita dengan tegas dalam sebuah hadithnya:

أبغض الرجال إلى الله الألد لخصم - Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
"Orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang degil menentang kebenaran lagi keras bertengkar menegakkan kepalsuan"

Di sini saya tiada niat hendak menghina apatah lagi mencela hamba Allah artis-artis kita hari ini. Contoh yang lain ialah rancangan "hedonisme" di kaca TV, yang paling teruk ialah channel-channel di dalam ASTRO seperti RIA, PRIMA dan lain-lain lagi. Sedar tak sedar kita sudah dijajah dengan pemikiran atau fikrah "hedonisme" - fikrah suka berhibur. Ada seorang personaliti TV yang banyak menghasilkan rancangan sendiri termasuklah di saluran kanak-kanak ASTRO CERIA, artis ini pernah menjadi duta kanak-kanak. Saya hairan kenapa artis menjadi duta kanak-kanak? Tak ada orang lain kah yang lebih layak? Kalau beginilah caranya, tidak mustahil anak-anak kita mengikuti jejak langkah artis ini nanti, menyanyi, menari, dan sebagainya sehingga lupa agama dan tanggungjawab sebagai muslim. Mudahnya artis menanam fikrah "hedonisme" dalam diri kanak-kanak. Ulama ditolak ke tepi, sunnah disepak-sepak, Islam diperbodohkan. Wal3iyazubillah.. Cukuplah artis kita berbuat dosa dan maksiat kepada Allah, cukuplah! Takutlah kepada Allah, dunia ini hanyalah permainan.

وما هذه الحياة الدنيا إلا لهو ولعب وإن الدار الآخرة لهي الحيوان لو كانوا يعلمون - Surah Al-Ankabut:64
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"

اتق الله حيثما كنت - Hadith riwayat Abu Daud & Attirmizi dengan sanad Hasan.
"Takutlah kepada Allah di mana saja kamu berada"

0 comments:

Post a Comment