Hadith riwayat Attirmidzi (Disahihkan oleh Al-Albani)

عن عبد الله ابن مسعود
قال النبي: ما لي وللدنيا، ما أنا في الدنيا
إلا كراكب استظل تحت شجرة، ثم راح وتركها


Tiadalah bagiku dan bagi dunia, di mana tiadalah aku di dunia ini melainkan seolah-olah seorang penunggang (Musafir) yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok, kemudian dia beredar pulang dan meninggalkannya

Asas Perubatan Islam

Labels: , ,

(Dipetik daripada kitab فتح الحق المبين dikarang oleh: Dr Abdullah Muhammad Attayyar &Sheikh Sami Salman Al-Mubarak & Sheikh Abdul Aziz Abdullah bin Baaz.
Terjemahan oleh saya sendiri. (20/3/2007)
Pendahuluan.

Tiga asas yang utama: Beriman dengan perkara-perkara ghaib, berserah kepada Qadha Allah, dan sabar di atas ketentuanNya. Akan tetapi ada yang bertanya: Apakah hubungan Iman dengan perkara ghaib, berserah kepada Qadha Allah dan sabar dengan bab yang dibincangkan ini? Jawapannya adalah: Tiga asas utama itu adalah tunjang kepada keselamatan manusia dalam apa saja perkara. Beriman dengan perkara ghaib termasuk dalam rukun Iman, ia yang menjadikan seseorang muslim itu selamat daripada semua perkara. Maka sekiranya dia mengingkari perkara ghaib, maka dia juga telah mengingkari rukun Iman yang enam. Seseorang muslim itu akan selamat sekiranya dia berpegang kepada rukun ini. Ketahuilah bahawa segala yang terjadi samada yang baik atau buruk adalah daripada Allah dan hendaklah kita tidak bersedih di atasnya. Demikian juga sifat sabar di atas ketentuanNya menjadi satu jalan penyelesaian kepada masalah hati. Memandangkan manusia sering terdedah kepada sihir, santau, penyakit psikologi, maka banyak cara digunakan untuk menyembuhkannya walaupun ada yang tidak berjaya. Oleh itu, sabar menjadi tunjang dalam perkara ini.

Asas pertama: Beriman dengan perkara-perkara ghaib. Asas aqidah Islamiah yang suci adalah beriman dengan perkara ghaib memandangkan ia adalah tiang utama dalam jiwa mu'min bahkan ia adalah sifat orang yang bertaqwa. Sebagaimana frman Allah yang bermaksud:

"Alif laam miim. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi
mereka yang bertaqwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan
shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan kepada mereka". (Surah Al-Baqarah 1-3)

Maka wajib ke atas muslim menerima dan beriman kepada perkara-perkara ghaib yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith-Hadith secara total samada memahaminya atau tidak mahupun pernah melihatnya atau tidak. Firman Allah yang bermaksud:

"Barangsiapa yang memberikan syafa'at yang baik, niscaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. dan barangsiapa memberi syafa'at yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Annisa' ayat 65)

Begitulah manhaj para Sahabat yang sentiasa menerima perkara-perkara ghaib secara keseluruhan daripada apa yang diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Antara perkara ghaib yang diceritakan oleh Nabi ialah mengenai Malaikat yang juga termasuk dalam rukun Iman yang enam. Maka alam Malaikat adalah salah satu contoh alam ghaib secara amnya. Haruskah seseorang itu mengingkari alam ini walaupun tidak pernah melihatnya atau terlintas di fikirannya? Akan tetapi wujudnya manhaj empirikal (manhaj logik akal) yang mengingkari kewujudan makhluk seperti Malaikat dan jin. Malangnya manhaj ini tidak mempunyai hujjah yang kuat bagi menyokong saintis-saintisnya bahkan mereka tidak pernah berjaya melihatnya melalui mikroskop-mikroskop mereka mahupun tabung-tabung uji mereka. Sedangkan mereka mampu memperkatakan tentang kewujudan graviti, magnetisme dan lain-lain yang juga merupakan sesuatu yang tidak dapat dirasai melalui deria kita.


Asas kedua
: Beriman dengan qadha' dan qadar serta baik buruknya.
Asas ini adalah salah satu daripada rukun Iman yang enam yang tidak mungkin diabaikan oleh mana-mana muslim. Maka wajib ke atas muslim menerimanya samada yang baik atau yang buruk. Seseorang muslim itu mestilah meyakini bahawa apa yang menimpanya bukan untuk menyalahkannya, mahupun menyusahkannya, akan tetapi ada rahsia yang tersimpan dalam qadha' dan qadar
Allah. Firman Allah yang bermaksud:

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah" (Surah Al-Hadid ayat 22)

Dan sabda Nabi yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa sekiranya keseluruhan umat bersatu untuk membantumu dengan sesuatu, tidak akan berjaya melainkan dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah, begitu jua sekiranya mereka bersatu untuk mengkhianatimu dengan sesuatu, tidak juga berjaya melainkan dengan apa yang telah ditentukanNya. Telahpun terangkat qalam dan keringnya suhuf (sudah tetap dan tidak berlaku perubahan pada luh mahfuz)" (Hadith riwayat Attirmizi)


Asas ketiga
: Sabar di atas ketentuan Allah. Firman Allah:

"Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Surah Al-Baqarah ayat 155-156)

Berkata Ummu Salmah R.A, aku mendengar Rasulullah berkata: Barangsiapa yang menimpa musibah maka dia berkata apa yang disuruh Allah iaitu "daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, ya Allah berikanlah ganjaran kepada kami di atas musibah yang melanda kami dan tinggalkanlah kami kebaikan darinya" lalu Allah memberi ganjaran itu dan kebaikan darinya. (Hadith riwayat Muslim)

Sudah adat kehidupan mesti dipenuhi dengan keresahan, kesusahan, penderitaan dan musibah seolah-olah ketawa hanya satu hari dan menangis pada hari-hari yang lain. Oleh yang demikian, hendaklah bagi muslim itu menyerahkan segala keresahan, penderitaan dan musibah kepada kesabaran sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan jika kamu memberikan balasan, Maka balaslah dengan balasan yang sama
dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu akan tetapi jika kamu bersabar, Sesungguhnya Itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar" (Surah Al-Nahl ayat 126)

Kesabaran adalah separuh daripada Iman sebagaimana kepala dengan jasad. Daripada Abu Yahya Suhaib R.A. telah berkata Rasulullah S.A.W. "Hebatnya setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang mu'min, bahawa setiap perkara mendapat kebaikan. Sekiranya mendapat kegembiraan lalu bersyukur, maka baginya satu kebaikan, dan sekiranya ditimpa musibah lalu bersabar, maka baginya satu kebaikan"